 Makluman untuk semua penjawat /kakitangan awam, kerajaan, mulai Oktober 2010 ini anda semua tidak akan lagi menerima slip gaji ataupun penyata gaji. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan perlu diakses dan dicetak sendiri dari laman web ANM oleh semua penjawat awam.
Ini adalah selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010 ; Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji dan eLaporan. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan.
Mengikut amalan sekarang, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan Penjawat Awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui Pusat Pembayar Gaji manakala laporan bulanan dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada Pusat Pembayar Gaji dan Pusat Tanggungjawab. Tetapi, selepas ini, semua urusan perlu dilakukan melalui Sistem e-Penyata yang telah dibangunkan selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Untuk panduan pendaftaran, sila rujuk ruangan forum atau KLIK SINI. |